Khamis, 21 Jun 2018

Jamuan Hari Raya 2018 & Sambutan Hari Kelahiran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sini abam ingin menjemput semua pelanggan setia Warung Nostalgia dan Ismail XTVT Enterprise ke Jamuan Hari Raya 2018 & Sambutan Hari Kelahiran Abam pada :-

Tarikh : 25.06.2018 (Isnin)
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam @ makanan habis
Tempat : Warung Nostalgia, Tanah Rata
Tema : Pakaian Raya

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

xoxo,
Abam Mel Rahman


Selasa, 19 Jun 2018

Salam Lebaran


Assalamualaikum semua...

Ramadan tiba penghujung waktu,
Menjelma Syawal membawa seri,
          Ampun dan maaf kupohon restu,
          Moga lebaran tambah bererti...

Dikesempatan ini abam mewakili Warung Nostalgia dan Ismail XTVT Enterprise ingin mengambil peluang untuk memohon maaf daripada anda semua, bila mana terlanjur bicara terkasar bahasa selama kita berurusan. 

Warung Nostalgia 'berehat' seketika dari 12 - 19 Jun 2018 dan akan beroperasi semula pada 20 Jun 2018. Semoga lebaran disambut dengan penuh kemeriahan dan keinsafan.

Walaupun beroperasi pada 20 Jun 2018, sebenarnya kami mendapat tempahan dari keluarga besar Datin Alina yang datang dari Kuantan. Seronok mereka beraya di Cameron Highlands. Bersilat besar jugak lah abam tadi nak menyediakan juadah. Group ni memang best, order tak kurang dari 7 lauk-pauk. Mana tak abam bersilat tadi. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai dengan jayanya. Harap semuanya berpuas hatilah. Semoga selamat sampai ke destinasi.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumaat, 8 Jun 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum... Hai Hai Hai!

Salam Ramadhan Kareem semua. Selamat berpuasa. Macam mana puasa awak awak semua? Ok lagi ke? Masih boleh bertahan? Abam alhamdulillah, masih ok.

Dah hujung-hujung puasa ni mesti masing-masing dh sibuk dengan persiapan raya kan. Banyak ke buat kuih raya tu? Ke tunjuk-tunjuk je. Hehehe... abam sendiri buat sikit la, tp yg banyak nya beli. Abam tak bercadang nak cerita panjang, just nak update blog ni je lama sangat bersawang.

Abam nak bgtau ni, sebab dah bukak blog baru untuk Warung Nostalgia (www.warungnostalgia.blogspot.com), blog yang ni akan jadi blog umum. Nanti leh la kita share-share resepi, cerita-cerita pegi travel ye. Ok lah, abam nak sambung keje dulu. Jumpa lagi.

SELAMAT BERPUASA