Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan

Selasa, 19 Jun 2018

Salam Lebaran


Assalamualaikum semua...

Ramadan tiba penghujung waktu,
Menjelma Syawal membawa seri,
          Ampun dan maaf kupohon restu,
          Moga lebaran tambah bererti...

Dikesempatan ini abam mewakili Warung Nostalgia dan Ismail XTVT Enterprise ingin mengambil peluang untuk memohon maaf daripada anda semua, bila mana terlanjur bicara terkasar bahasa selama kita berurusan. 

Warung Nostalgia 'berehat' seketika dari 12 - 19 Jun 2018 dan akan beroperasi semula pada 20 Jun 2018. Semoga lebaran disambut dengan penuh kemeriahan dan keinsafan.

Walaupun beroperasi pada 20 Jun 2018, sebenarnya kami mendapat tempahan dari keluarga besar Datin Alina yang datang dari Kuantan. Seronok mereka beraya di Cameron Highlands. Bersilat besar jugak lah abam tadi nak menyediakan juadah. Group ni memang best, order tak kurang dari 7 lauk-pauk. Mana tak abam bersilat tadi. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai dengan jayanya. Harap semuanya berpuas hatilah. Semoga selamat sampai ke destinasi.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumaat, 8 Jun 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum... Hai Hai Hai!

Salam Ramadhan Kareem semua. Selamat berpuasa. Macam mana puasa awak awak semua? Ok lagi ke? Masih boleh bertahan? Abam alhamdulillah, masih ok.

Dah hujung-hujung puasa ni mesti masing-masing dh sibuk dengan persiapan raya kan. Banyak ke buat kuih raya tu? Ke tunjuk-tunjuk je. Hehehe... abam sendiri buat sikit la, tp yg banyak nya beli. Abam tak bercadang nak cerita panjang, just nak update blog ni je lama sangat bersawang.

Abam nak bgtau ni, sebab dah bukak blog baru untuk Warung Nostalgia (www.warungnostalgia.blogspot.com), blog yang ni akan jadi blog umum. Nanti leh la kita share-share resepi, cerita-cerita pegi travel ye. Ok lah, abam nak sambung keje dulu. Jumpa lagi.

SELAMAT BERPUASA

Rabu, 14 Februari 2018

Warung Nostalgia, Cameron Highlands

Assalamualaikum... Hai! Hai! Hai!

Apa khabar semua? Lama benar tak bersua berita kan?! Ok lah, abam pun buat masa ni semakin lapang dengan kerjaya sebagai penjawat awam. Nak bgtau ni, actually tahun lepas bermula Ogos abam dh mulakan operasi warung abam. Tu yang sibuk sikit. Mula-mula nak belajar bisnes katanya.

Warung abam ni abam berikan nama Warung Nostalgia #WarungNostalgia. Letak nya di perkarangan perpustakaan awam daerah, Tanah Rata ni je. Same surface dengan Pusat Anak Permata Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat and so on la. Rumah Ketua Polis Daerah pun dekat belakang tu je.

Kawasannya nyaman, sunyi... parking pun insyaAllah senang. Skang ni abam tengah dalam proses promosi la warung tu lagi. Biasalah mula-mula bukak kan... kita bukan retis wakkkk. Hehehehe...
Buat masa ni abam nak memperkenalkan makanan-makanan dari kampung abam. Yang biasa-biasa kitorg makan la. Tapi mungkin jugak ada antaranya yang korang tak pernah jumpa pun. Warung ni beroperasi bermula jam 7.30 pagi untuk sarapan. Biasanya ada la nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, kuetiau goreng...kadang-kadang ada pulut kuning ngan rendang, ada masanya kitorg buat jugak ketupat periuuk kera tau! Roti bakar pun ada, tp korang kena toast sendiri lah. Suka hati nak rentung dia camana kan. Hehehe...



Pastu kita ada makan tengah hari. Biasalah, nasi putih dengan pilihan lauk-pauk seperti asam pedas ikan kembung, ayam kicap, tumis pucuk paku, keli sambal... macam-macam la. Abam juga perkenalkan masakan tradisional Pahang macam asam rom dan tempoyak! Kau ada? Hehehee... Untuk lunch ni kitorang operasi sampai jam 4.00 petang. Tapi kalo korang lambat pun, singgah-singgah je, sebab kadang-kadang kitorang belum simpan makanan tu. Dapat la merasa.


Untuk makan malam, Warung Nostalgia mula beroperasi jam 6.30 petang sampai 10.30 malam. Tapi kalo tak busy, korang boleh je check ngan staff warung, boleh tak wat masakan panas. InsyaAllah kita cuba yang terbaik. Abam juga perkenankan beberapa menu original yang mendapat sambutan. Antaranya Nasi Goreng Sambal Hitam #NasiGorengSambalHitam dan Nasi Goreng Anak Gunung #NasiGorengAnakGunung. Nak tau rasa dia camana? Kena la datang dan rasa sendiri! Hehehee...




So, jangan lupa ye kalo datang Cameron Highlands singgah ke warung abam neh. Abam harap support dari korang semua. 

Owh satu lagi, abam turut menerima tempahan katering, bungkus atau makan dikedai. Adik-adik abang-abang mat motor mat kereta rider ke apa kalo nak wat bbq ke, stationed steamboat ke kt warung abam pun ok. Kita bincang sampai jadi. Hehehe... group-group sekolah, swasta, kerajaan pun abam ambik tempahan.

SAMPAI JUMPA YE!

Isnin, 11 Februari 2013

Strawberry Sundae

Hi,
Bila dah start update blog ni, mula lah nak update banyak-banyak.

Bukan apa, dulu ada cerita tentang Strawberry Sundae yang sedap tu. Sekarang ni nak update je gambar dia. Nyum nyum! Strawberi segar bersama limpaham krim dan aiskrim vanila serta biskut Belanda. Ahhhh...

Strawberry Sundae di Big Red Strawberry Farm

Signature Dish : Steamboat

Hai semua pembaca yang diingati,

Kali ini memang begitu lama Opec tak update blog ni. Nak kata malas, tak juga. Nak kata sibuk pun tak juga. Mungkin tak ada mood saja. Padahal bahannya sudah ada. Tapi kebanyakkannya masih tentang makan. Mungkin kerana itu Opec kurang berminat untuk update.

Tapi disebabkan sudah terlalu lama, Opec update juga la kali ini walaupun masih membicarakan soal makanan. Nak ber'gossip' memang tak reti nak tulis. Borak-borak dengan kawan pandailah!

Signage restoran ini
Kali ini biarlah Opec ceritakan tentang STEAMBOAT!
Kalau nak tengok, macam tak percaya je boleh kenyang. Hehehee... Maklumlah, makhluk kuat makan macam Opec ni. Tapi bila makan, alhamdulillah. Kenyangggggg...

Kalau di Cameron Highlands ni ada satu restoran steamboat yang Opec gemari. Namanya Glory 78 milik YH Dato' Kanatazan (minta maaf Dato', tak tau nama sebenar).


Dato' Kana sibuk melayan pelanggan
Lokasinya sangat mudah dikunjungi. Di tepi jalan bersebelahan Hotel De' La Fern. Bahan-bahannya segar, macam-macam ada. Udang, isi ikan, ayam... scallops pun ada. Tempat lain tak dapat tau! Sayurannya pun segar-segar belaka. maklumlah, duduk di Cameron highlands. KATANYA!








Orang ramai yang berkunjung pada malam menjelang Natal
Harga RM25.00/pax. Kalau makan berdua ke atas, boleh minta 2 jenis kuah; tom yam dan sup. Kalau berdua atau seorang, kena pilih salah satu sahaja la. Kalau makan berempat atau berlima, cukup pesan untuk 3 orang sahaja. Tempat makannya luas, selesa dan bersih. Sewaktu emak, kakak dan anak saudara Opec mengunjungi Opec sempena cuti Hari Natal tahun lepas, Opec bawalah mereka untuk makan malam di sini.





Antara bahan-bahan steamboat
Emak Opec kata kenyang, ok la tu! Memang ramai orang sewaktu Christmas Eve tempoh hari. Yang tak sambut Hari Natal pun ramai. Biasalah. Ambil kesempatan bercuti. Opec ingat tak dapat tempat dah. Mujurlah waktu itu Dato' Kana ternampak Opec dan dapat la Opec tempat duduk. Tak perlulah menunggu lama. Terima kasih Dato'. Tapi malam tu memang sibuk. Sampai Dato' Kana pun turun padang ambil order.





Pilihan Tom Yam dan Sup. Memang sedap
Jadi, siapa-siapa yang berkesempatan ke Cameron Highlands, singgah-singgah la di sini. Steamboat ni memang satu signature di sini selain strawberi.

Sorry la. Kualiti gambar tak baik. Pakai kamera telefon je.

Ta taaa...





Tunggu kuah menggelegak

Scallops. Tak tipu weh

Jumaat, 4 Januari 2013

Makansutra@Cameron Highlands

Hello guys...

Lamanya Opec tak 'update' blog ni. Rindu pula rasanya nak menghadap 'laptop' sambil memikirkan baris-baris ayat yang hendak dikarang.

Baiklah, tadi sudah mulakan entry blog dengan cerita tentang azam tahun baharu. Sekarang, Opec nak ceritakan antara tempat-tempat menjamu selera yang terdapat di Cameron Highlands ini. Sementara masih di sini, tak salah rasanya Opec membantu para pengunjung ke Hill Station ini untuk mencari tempat makan yang mungkin sesuai dengan selera. Al-maklumlah, susah juga andai tak tahu. Apatah lagi berkunjung sewaktu musim cuti. Kalau semua tertumpu di suatu tempat sahaja, pasti sesak nanti. Kawan-kawan dan Opec sendiri sering diajukan pertanyaan "kat mana tempat makan sedap di sini?". Susah juga nak jawab. Kerana "sedap" itu begitu subjective. Kadang-kala kena dengan selera orang, tapi tidak dengan tekak kita.

Logo Food Camp. Premis ini kelihatan seperti barrack askar dari jauh

Baiklah, Opec tak mampu nak senaraikan semuanya tapi cuba memperkenalkan beberapa tempat yang sering Opec kunjungi. Untuk sarapan pagi, silalah berkunjung ke Food Camp. Premis ini terletak bersebelahan dengan Hotel Cool Point dan boleh juga dimasuki dari arah parkir Majlis Daerah Cameron Highlands.






Pintu masuk Food Camp dari arah Hotel Cool Point


Lokasi premis ini adalah di Pekan Tanah Rata. Di dalam Food Camp ini terdapat beberapa gerai yang menyediakan pilihan makanan. Antaranya nasi lemak, nasi kerabu, mi sup dan nasi ayam penyet.







Ruang yang luas dan penunjuk arah


Selain daripada itu, juga terdapat gerai yang menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Dengar katanya masak Asam Pedas di salah sebuah gerai disini sangat enak. Opec tak berani hendak beri kepastian kerana masih belum pernah mencubanya. Bagi penggemar masakan Barat atau western, terdapat sebuah gerai yang menyediakan makanan Barat untuk anda.

Waktu makan : Sarapan, Makan Tengah Hari



Antara gerai jualan



Gerai jualan minuman

Salah satu menu : Nasi Ayam Blackpepper







































Pintu masuk ke YZ AgroFarm






Selain daripada itu, di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata terdapat sebuah strawberry farm yang menyediakan menu sarapan yang agak menarik. Namanya YZ AgroFarm. Anda boleh mencuba menu nasi lemak sambal strawberi (istimewa kan?) bersama kopi strawberinya. Panas atau sejuk, terserah kepada anda.

Waktu makan : Sarapan, Minum Petang

Tanaman strawberi di ladang ini














Antara jualan di sini

Kaunter pesanan/bayaran




























Bagi makan malam pula, Opec sering ke Gerai Opah di Tanah Rata. Gerai ini terletak dibarisan food court di Pekan Tanah Rata. Macam-macam menu yang terdapat di sini, bermula dari nasi goreng sehinggalah  ikan siakap tiga rasa. Gerai ini juga sering di panggil Gerai Fazreen (nama tuannya).








Makanan di sini agak sesuai dengan selera Opec, apatah lagi jika dimasak sendiri oleh isteri Si Fazreen (tuan punya gerai) iaitu Kak Sue. Opec sebolehnya mau Kak Sue yang masak sewaktu menjamu selera di sini. Dan untuk pengetahuan semua, gerai ini mendapat pengiktirafan Kategori A untuk premis bersih! Susah ya nak dapat A. Biasanya hanya diterima oleh restoran makanan segera sahaja. Impress! Di gerai ini hanya menyediakan masakan panas. Memang majoriti gerai/restoran di Cameron Highlands menyediakan masakan panas berbanding nasi campur untuk makan tengah hari.

Waktu makan : Makan Tengah Hari, Makan Malam


Si Biah dan Si Timah menikmati makanan di Gerai Ishak


Bagi sesiapa yang ingin merasa kari kepala ikan, anda disarankan untuk mengunjungi Gerai Sahak/Ishak (tak tahu apa nama rasminya, tapi biasa kami panggil Kedai Sahak/Ishak). Gerai ini terletak di food court di Pekan Ringlet.







Antara makanan yang disediakan


Gerai ini menyediakan nasi campur untuk makan tengah hari, tetapi signature dish mereka adalah Kari Kepala Ikan. Memang lazat!!!

Waktu makan : Makan Tengah Hari






















Sekiranya teringin makan sate, di Pekan Tanah Rata ada sebuah gerai yang menjual sate berserta jagung mutiara bakar. Berkenaan jagung mutiara ini, nanti Opec ceritakan lebih lanjut. Gerai ini terletak di Orchid Square berdekatan gerai-gerai menjual cenderamata Cameron Highlands. Sate ayam dan sate daging di Gerai Sate Ejoy ini berharga RM0.70 setiap cucuk.







Tersebut di atas merupakan sedikit sebanyak tempat makan pilihan oleh Opec. Namun begitu, ada juga pilihan lain yang sering juga Opec kunjungi, cuma tiada fotonya untuk di cerita lebih lanjut. Namun begitu, Opec tetap menyenaraikan antara premisnya mengikut lokasi.


Tanah Rata

Sarapan Pagi : Jatimas (atau lebih dikenali sebagai Kedai Safin/Kak Pin), Gerai Zainab Sam (mendapat recommendation daripada Trip Advisor), warung Jalan Masjid, Kantin Perpustakaan Awam Daerah

Makan Tengah Hari : Fisha Food Corner, Gerai Kak Yan, Kantin Perpustakaan Awam Daerah, Gerai Zainab Sam, Gerai Tepi Sungai (food court dekat Padang Awam)

Makan Malam : Fisha Food Corner, Selera Kelate


Brinchang

Sarapan Pagi : Restoran Nassya, Restoran Naimah 1Malaysia, Restoran Nolina (Kea Farm)

Makan Tengah Hari : Restoran Naimah 1Malaysia

Makan Malam : Restoran Nassya, Pok Nik Ikan Bakar

Sekiranya anda di dalam kumpulan (20 orang dan ke atas) dan memerlukan khidmat catering, sila buat tempahan di sini.

Jumaat, 7 Disember 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Stesen MARDI Cameron Highlands

Hello semua...
Hari ini sebenarnya Opec masih menerima tempahan catering untuk 40 orang. Makan malam. Seperti biasa la dengan business partner Opec, Si Biah. Si Timah pula perlu menjalankan tanggungjawab melayani suaminya yang tiba dari Negeri Jelapang Padi.



Malam ini Opec nak kongsi pengalaman sewaktu melawat ke Stesen MARDI Cameron Highlands. Sebelum ini, Opec pernah masuk ke Stesen MARDI ini dan merasakan tiada apa yang istimewa. Cuma macam kebun bunga je. Namun begitu, segalanya berubah apabila Opec mulai menyelami apa yang tersirat disebalik sebuah hamparan bungaan yang terbentang indah. Tiket masuk ke stesen ini adalah RM3.00 bagi dewasa dan RM1.50 bagi pelajar.





Kaunter tiket

Menurut Dr Wan Abdullah bin Wan Yusoff (Ketua Stesen MARDI Cameron Highlands), sebenarnya ladang teh dan kilang teh yang pertama dibuka di Cameron Highlands ini bertapak di stesen ini. Ladang teh itu masih ada sehingga sekarang, termasuklah kilang pemprosesannya. Cuma, ladang terbabit tidak lagi seluas dahulu kerana beberapa ekar tanah di kawasan itu sudah dibangunkan dengan penyelidikan pertanian yang lain pula.





Dr Wan Abdullah memberi penerangan

Melalui penerangan yang disampaikan oleh Dr Wan, sebenarnya taburan hujan paling tinggi di daerah kecil ini adalah pada bulan Mei dan Oktober! Jadi, waktu inilah yang mungkin tidak sesuai untuk melawat Cameron Highlands.


Pokok pear










Sewaktu meninjau stesen ini, Opec sempat menjenguk kawasan penyelidikan tanaman pear, epal dan anggur disini.





Pokok epal















Tanaman anggur














Pokok Rosemary





Selain itu juga, di stesen ini turut terdapat laman dapur atau lebih komersil dengan panggilan edible garden yang menempatkan beberapa variety cili, pudina, rosemary dan banyak lagi. Sangat menarik!





Selasih atau Basil














Pudina














Zucchini




Pernah dengar Zucchini? Kerana fizikalnya seperti mentimun, Opec membayangkan bahawa pokok zucchini  merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Malangnya sangkaan Opec meleset sama sekali. Pokok zucchini ini sebenarnya tumbuh seperti pokok labu dan tidak memerlukan para seperti mentimun.




Brussels Sprout





Antara tanaman lain yang menarik perhatian Opec ialah brussels sprout. Rupa-rupanya tauge - hehehe (sprout) ini tumbuh di batang pokoknya yang kelihatan seperti pokok kobis. Tidak lupa pokok artichoke dan asparagusAmazing!






Kuntum mawar merah yang berkembang


Bagi yang gemarkan fotografi, Stesen MARDI Cameron highlands ini merupakan lokasi yang sangat sesuai dan menarik untuk mengambil gambar. Ramai juga yang shooting foto pengantin di sini rupanya.








Bunga dahlia



Terdapat berbagai spesis bunga-bungaan yang terdapat di sini. Bermacam saiz dan warna. Ada bunga mawar, dahlia, kekwa... macam-macam la. Pendek kata, tak rugi datang ke mari.







Salah satu species Alamanda













Bunga matahari














Pokok kobis



Jadi, kepada anda yang datang ke Cameron Highlands ini, Opec sangat menyarankan anda untuk berkunjung ke stesen ini terlebih dahulu sebelum ke tempat yang lain. Banyak informasi yang boleh di dapati di sini dan stesen ini sudah seperti sebuah arkib pertanian yang menggabungkan semua elemen yang terdapat di daerah ini.



Pokok artichoke yang seakan jantung pisang

Chives @ Kucai

Pokok asparagus
































Pernah terfikir bagaimanakah rupa pokok asparagus?













SELAMAT BERCUTI!