Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2012

Makan-makan

Salam sayang (hikhikhik)...

Hari ni Opec ada kelapangan. Balik kerja, ajak Si Rosdi beli barang di Pasaraya Jimat sebab malam ni nak masak untuk dinner. Tapi bila sampai Jimat, tengok tauge dia dah lembik. Beli aje la sotong putih 2 paket. Tapi masih tak puas hati. Nak juga masak tauge goreng belacan. Si Rosdi pun bawa la ke Kedai Runcit Camelia. Tengok tauge dia pun tak berapa segar, tapi masih elok. Beli juga la.

Buttered Prawn with Egg Floss
Jadi, malam ni Opec masak Tauge Goreng Belacan + Sotong Putih. Si Rosdi pulak masak nasi. Lepas tu, teringat pula pada udang (saiz besar) yang beli sekilo tak habis-habis masak lagi. Apalagi, masak la Buttered Prawn untuk di'ngap' malam ni. Buttered Prawn ni rasanya elok pakai udang harimau, bukan udang besar yang macam Opec gunakan ni. tapi tak apalah. Yang nak makan pun tekak sendiri. Malam ni Opec nak share resepi udang yang Opec masak ni.


Buttered Prawn



Trick yang agak mengelirukan semasa memasak menu ini adalah untuk mendapatkan egg floss yang cantik. Egg floss? Apa tu? Kalau nak terjemahkan, maksudnya serunding telur. Ada ek serunding telur. Ala, dalam bahasa mudah yang Opec guna, serdak telur tu la. Biasa kita buat pasti akan berakhir dengan menjadi scramble egg atau telur hancur. Kalau masak Buttered crab sesuai la yang begitu.

Setelah beria-ia mengkaji, menonton video masakan, akhirnya Opec tahu juga rahsianya (hehehee...mungkin Opec je sebenarnya yang tak tau). Kalau nak ikut cara chef , memanglah mereka terus tuangkan telur dari mangkuk ke kuali. tapi Opec yang tak berapa nal professional ni tak boleh la buat macam tu. Nanti tak jadi serunding telur, jadi telur dadar la.

Untuk mengatasi masalah ini, Opec telah menyediakan kelongsong yang Opec buat dari baking sheet. Corong la maksudnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam kuali. Alhamdulillah, jadi juga akhirnya.

Sebab dah panjang sangat coretan ini, resepinya Opec lepak di ruangan Ceritera. Kalau nak resepinya, sila klik sini!

Ahad, 2 Disember 2012

Hari Cuti

Ahad merupakan hari cuti yang menyedihkan.
Sebab esok hari Isnin = Kerja. Hehee...

Tapi tak ada masalah la. "I love Monday"!
Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk mengasah bakat dalam bidang kulinari.
Kalau semalam Opec berkongsi resepi Gulai Tempoyak Patin, hari ini Opec nak memperkenalkan resepi Donat versi Opec sendiri.

Kadang-kadang kecewa juga bila buat donat tak mendapat hasil yang diangankan. Macam-macam percubaan yang telah Opec lakukan sebelum ini sebelum terhasilnya donat yang Opec rasa, tidaklah terlalu mengecewakan.

Jadi, mari kita klik untuk Resepi Donat

Sabtu, 1 Disember 2012

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Opec memang tak boleh tahan kalau makan dengan lauk-pauk kampung. Pastilah gulai tempoyak menduduki ranking teratas dalam senarai Opec. Macam-macam lagi lauk-pauk kampung Opec yang Opec gemar dan mungkin ada di antaranya anda sendiri tak pernah dengar. Hehehe...

Ok la. Untuk tengah hari ni, Opec masak yang simple aja. Bujang, buat apa masak banyak-banyak. Lagipun hari cuti ni biasanya Opec dengan kawan serumah, Acid je yang ada. Yang lain balik kampung.

Walaupun anda mungkin dah tau, Opec saja je nak share juga resepi ini.




Sila klik Gulai Tempoyak Ikan Patin untuk resepi penuh dan informasi tentang daun kesing.


Makanan Tradisi

Menggamit nostalgia apabila dapat menjamah makanan tradisi yang mungkin semakin sukar untuk di dapati sekarang. Cara penyediaannya yang memakan masa menyebabkan hasrat untuk menyajikan juadah tersebut terbantut.

Antara makanan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan adalah daging salai. Untuk mendapatkan hasil yang baik, masa sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk proses menyalai. Namun kadang kala apabila terleka, daging boleh menjadi hangus dan keras.

Jangan risau, Daging Salai Arisa di bawah keluaran Ismail XTVT Enterprise bakal memudahkan kerja anda. Daging yang disalai sempurna dan masak sepenuhnya akan membuatkan kerja anda menjadi lebih mudah. Sama ada masak lemak cili padi, rendang daging salai, kerabu atau apa sahaja... cuma koyakkan bungkusannya dan daging salai anda sudah tersedia.

Daging Salai Arisa sudah masak sepenuhnya dan telah dihiris untuk kegunaan anda. Cuma koyak dan masak! Daging Salai Arisa lembut dan boleh dimakan begitu sahaja (kami sarankan supaya anda stimkan terlebih dahulu untuk membangkitkan aromanya).

Untuk maklumat, sila klik Selera
Untuk menghubungi/tempahan, sila klik Tempahan