Ceritera

Tempat untuk berkongsi cerita dan kenangan. Tidak lupa juga untuk berkongsi resepi dan cerita terkini. Luahkan isi hati kita...



Menjadi yang terbaik

Dalam kehidupan, banyak yang perlu kita hadapi. Mungkin sedikit, mungkin juga banyak rintangan yang perlu kita tempuhi.

Untuk menjadi yang terbaik bukanlah mudah. Keazaman, keyakinan, sabar dan berapa rapat kita denganNya. Mungkin kita akan gagal dalam percubaan yang pertama. Mungkin juga yang ke-100 kalinya, tapi kita tetap tak boleh berputus asa dan berundur.

Selain dari terus bertawakal kepada Sang Pencipta, usaha yang berterusan tidak boleh putus di tengah jalan. Semoga kita semua akan menemui sinar kejayaan diakhirnya. Amin.




Gulai Tempoyak Ikan Patin
Untuk : 2 -3 orang
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak   : 15 minit

Bahan-bahan :

4 ketul     Ikan Patin (setengah ekor rasanya, size 1 kilo)
3 sudu     Asam Tempoyak
7 biji       Cili Padi (Opec memang suka pedas, Opec guna 10-15 biji)
1 inci       Kunyit Hidup
500 ml     Air (agak-agak je)
1 helai      Daun kesing (ini special dari kampung)
Garam dan gula (kalau perlu) secukup rasa

Cara memasak :

1. Cuci ikan dengan bersih. Jika perlu, gunakan perahan limau nipis untuk
    menghilangkan hanyir ikan.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan asam tempoyak. Gaul dan kacau
    supaya tempoyak menjadi sebati. Masukkan juga daun kesing yang di
    simpul untuk mendapatkan aroma pada kuah gulai. Jerang hingga air
    mendidih.
3. Sementara itu, tumbuk kunyit hidup dengan garam di dalam lesung batu
    kesayangan anda. Tumbuk sampai lumat. Setelah itu masukkan cili padi
    dan tumbuk lagi sehingga lumat. Apabila lumat, masukkan ke dalam
    campuran kuah tempoyak. Didihkan lagi.
4. Apabila kuah benar-benar menggelegak dan masak, masukkan ikan dan
    tunggulah sehingga masak.
    (Jangan sering mengacau gulai kerana bimbang ikan akan hancur.)
5. Perisakan dengan garam. Sekiranya asam tempoyak anda masih baharu,
    anda mungkin perlu memasukkan asam keping untuk mendapatkan rasa
    masam (tapi tak perlu jika tak suka masam). Sekiranya asam tempoyak
    anda sudah masam, masukkan sedikit gula (jika suka tapi sedikit sahaja.
    Rasa manis gula mungkin akan merosakkan rasa asli tempoyak) untuk
    mengurangkan rasa masam.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.




















Daun Kesing

Untuk info, daun kesing (mungkin juga dipanggil daun semomok, itu Opec tak pasti. Tapi dari pembacaan, kedua-dua daun ini seperti serupa) itu secara fizikalnya kurang lebih daun kunyit. Akan tetapi, tekstur daunnya lebih tebal dan berwarna hijau tua. Daun kesing ini berbau seperti pepijat. Jangan terkejut ya! Dan baunya juga seakan-akan bau daun ketumbar dan agak bermenthol seperti daun pudina (tak pernah pulak Opec try guna daun ketumbar. Hurrmmm). Tapi, bila sudah dimasak, barunya menjadi sangat istimewa. Tapi, sekiranya tak ada daun kesing itu, tak apa. Boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan (seperti yang di masak di Temerloh, Pahang).

Begini la rupa daun kesing tersebut.



















Resepi Donat

Menghasilkan : 15 - 20 biji
Masa Penyediaan : Anggaran 1 jam

Bahan-bahan :

3 Cawan                    Tepung Gandum
1 Biji                          Ubi Kentang (Rebus dan kisar halus)
3 Sudu Makan           Susu tepung
3 Sudu Makan           Gula Castor
3 Sudu Makan           Lelemak Sayuran
1 Cawan                   Air Suam
2 Sudu Teh               Yis Segera
Secubit Garam
Secubit Gula
Minyak kelapa sawit untuk menggoreng


Cara membuatnya :

1. Satukan tepung gandum, gula castor, secubit garam dan susu tepung
lalu diayak bersama ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan lelemak
sayuran dan ubi kentang yang telah dikisar halus.
2. Sementara itu, satu kan yis segera, secubit gula dan air suam. Biarkan
seketika sehingga berbuih (5 minit).
3. Masukkan bancuhan air suam dan yis ke dalam campuran tepung
sedikit demi sedikit dan uli sehingga sehingga menjadi doh dan tidak melekat
pada mangkuk.
4. Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
dari saiz asal.
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan uli sebentar. Rehatkan 15 minit.
6. Canai dan terap doh. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga kuning
keemasan.
7. Angkat dan toskan. Perasakan dengan gula aising.

Selamat mencuba!

Donat (Gambar di ambil menggunakan Blackberry Curve 8520)



















Tentang Teh : Tips dan Rahsia

Sebelum Opec bercerita panjang, ini Opec nak tunjukkan teh keluaran Syarikat Boh yang menjadi kegemaran Opec.

Boh Ice Tea Peach Fruit Flavour!
Yang di dalam paket ini merupakan teh pra-campuran segera. Cuma bancuh dengan air panas atau air sejuk sahaja. Dan...

Rasa buah peach pada teh ini bukanlah perisa tiruan. Perisa ini adalah asli dari buah peach dengan formula kira-kira 60% buah peach dan 40% teh.

Yang disebelahnya tu perisa blackcurrant. Yang ini Opec baru nak cuba. Tapi perasaan Opec mengatakan bahawa perisa ini tak kurang sedapnya. Cuma RM10.30 sepaket dan mengandungi 20 sachets.

Ok, berikut merupakan beberapa tips/rahsia yang Opec ketahui dari sesi penerangan tadi. Tips ini diberitahu oleh pekerja Ladang Boh yang memberi taklimat tadi, Encik Izwan (dan beberapa sumber lain).

1. Rendam teh dalam air panas menggelegak selama 5 minit sahaja. Jangan rebus serbuk teh itu.

2. Teh uncang sebenarnya habuk/hampas teh sahaja. Teh jenis ini tidak boleh selalu diamalkan. Tak hairanlah harganya murah!

3. Di Malaysia, syarikat pengeluar teh cuma ada 3. Teh Boh, Bharat Tea (kedua-duanya adalah dari ladang di Cameron Highlands) dan Sabah Tea sahaja. Teh-teh dari jenama lain kebiasaannya diimport dari negara China dan tidak berkualiti. Ini termasuklah mengandungi tangkai, urat daun dan hampas teh.

4. Teh terbaik dari Ladang Teh Boh adalah Boh Garden Teas dan tidak dijual dipasaran luar. Teh jenis ini boleh di dapati di kedai jualan Boh di Cameron Highlands. Harganya sedikit mahal tetapi amat berkualiti. Pucuk teh muda yang berusia 2 hari dipetik menggunakan tangan oleh pekerja-pekerja mahir di sini dan dikawal ketat mutunya. Nama-nama bagi teh jenis ini ialah Palas Supreme, Gunung Chantik dan Bukit Cheeding. Terbaik dari ladang! Mahal sikit tak apa, asalkan berkhasiat dan kita sendiri puas hati. Hey!!! Boleh guna 2 kali. Untung la tu.



Ada lagi kat bawah...

5. Teh Boh yang terbaik di pasaran (Gred A) diberi nama BOH Cameronian Gold.

6. Opec pernah diberitahu oleh salah seorang penghulu yang memang anak jati Cameron Highlands, BOH itu sendiri bermaksud "Best of Highlands".

7. Teh keluaran Syarikat Boh tidak mengandungi pewarna tiruan. Tidak seperti setengah-setengah syarikat bernama besar, mereka menambah pewarna tiruan pada teh mereka untuk memberikan warna yang menarik pada air teh. Warna sebenar teh adalah perang gelap.

8. Pernah menonton filem Ombak Rindu? Ladang Teh Sungai Palas ini merupakan salah satu lokasi penggambaran filem tersebut! Ada sambungan filem tu nanti (katanya).

Setakat itu sahaja info yang Opec boleh kongsikan. Jangan lupa, kalau berkesempatan datang ke Cameron Highlands, nikmati sendiri hidangan teh yang benar-benar Ummph! di cafetaria yang terdapat di Ladang Teh Boh Sungai Palas.

(Untuk makluman, foto-foto teh di atas diambil dari laman web Syarikat Boh iaitu www.boh.com.my. Semua maklumat adalah sekadar informasi dan bukan promosi. Opec tidak dibayar untuk membuat kenyataan-kenyataan di atas)

Next entry, Opec akan ceritakan tempat lawatan yang sesuai untuk anda sewaktu di Cameron Highlands. Nak petik sendiri buah strawberi? Nak makan strawberry sundae yang enak? Nak petik sendiri cendawan? Check it out!

Tapi sebelum itu, banyak lagi foto di bawah ini!



























Resepi Buttered Prawn


10 ekor                   Udang Harimau (saiz sederhana - dibersihkan)
2 tangkai                 Daun Kari
1/2 labu                  Bawang besar
4 ulas                      Cili Padi dipotong.
5 sudu makan          Susu cair
1 sudu makan          Serbuk Lada Hitam
1/2 cawan               Kanji kentang (Potato Starch)
2 sudu makan          Mentega
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng




Untuk Egg Floss

5 biji                       Telur Kuning
3 sudu makan          Mentega (Opec gunakan Salted Butter. Tak perlu tambah garam lagi)
5 sudu makan          Marjerin
2 cawan                  Minyak Masak
Kelongsong daripada baking sheet




Cara-cara memasak:

Egg Floss

1. Pukul sedikit kuning telur. Sementara itu, panaskan mentega bersama marjerin dan minyak masak.

Untuk pengetahuan, key point untuk membuat egg floss  ini adalah minyak yang panas dan memutar (betul ke perkataan ini? Dalam Bahasa Inggeris, swirl) minyak sentiasa. Tambahan minyak adalah untuk meningkatkan suhu panas dan menstabilkan campuran mentega dan marjerin. Suhu panas marjerin dan mentega adalah rendah. ini akan menyebabkan floss anda mungkin tidak menjadi.

2. Apabila mentega dan marjerin telah cair, tuangkan telur kuning menggunakan kelongsong tadi yang diangkat kira-kira 1 kaki (hehehe...yang penting angkat tinggi la. Kalau pandai, tak perlu guna kelongsong. Pastikan telur tadi membentuk 1 tuangan yang halus) dari kuali sambil sebelah tangan lagi membuat putaran minyak secara 1 arah menggunakan senduk. Hati-hati dengan minyak panas. Seteleh semua telur dituangkan, gerakkan senduk melawan arah. Pada waktu ini, anda akan mendapati floss tadi mulai membentuk. Teruskan sehingga benar-benar garing.

Pada waktu ini, kuali anda kelihatan berbuih. Jangan risau ya. Sekali-sekala periksa floss anda sama ada sudah garing atau tidak.

3. Setelah garing, tapiskan floss dan buang lebihan minyak.

Menggoreng udang

1. Udang dibersihkan dnegan membuang kepala dan belah belakang untuk membuang perutnya. Kulit tak perlu buang.

Sekiranya menggunakan udang yang besar, buang kulit di bahagian atas sahaja. Kulit udang besar lebih keras.

2. Perap udang dengan garam, serbuk lada hitam dan kanji kentang.

Boleh ganti dengan tepung goreng yang lain kalau tiada. Tak letak pun tak apa juga.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Jangan terlalu lama, nanti udang kecut.



Memasak Buttered Prawn

1. Cairkan 2 sudu makan mentega. Apa bila sudah cair, masukkan bawang besar yang telah didadukan. Apabila sudah layu, masukkan daun kari dan cili padi. Kemudian, masukkan susu cair.

Sekiranya daun kari anda meletup-letup, jangan panik. Memang macam tu!

2. Apabila sudah pekat, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kaup biar rata. Apabila sos susu cair tadi sudah kering, masukkan floss dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA




Azam tahun baharu!

Apa azam anda tahun ini?
Adakah azam tahun lalu sudah tercapai?
Kalau tak tercapai tidak apa, asalkan anda sudah berusaha untuk mencapainya. Jangan cuma berazam tapi tidak pernah berusaha untuk menggapainya. Itu yang silap.

Azam adalah satu pemangkin untuk kita berusaha agar mencapai apa yang dicita. Jangan lupa beri pengiktirafan, hadiah atau juga 'reward' kepada diri sendiri sekiranya azam itu telah tercapai.

Tak salah memberikan hadiah untuk diri sendiri setelah kita berusaha berhempas pulas mencapai ayang yang telah di 'target' kan. Itu juga salah satu teknik motivasi diri yang amat berguna.

Jangan kedekut dengan diri sendiri. Pada bila-bila masa, manjakan diri sendiri dengan sesuatu yang mungkin tidak pernah anda fikirkan. 'Surprise' kan diri sendiri kerana di atas segala jerih yang dilakukan sebelumnya, anda berhak menikmati sesuatu yang menggembirakan.

Tidak perlu berbelanja besar setiap masa untuk memberi hadiah kepada diri sendiri. Namun begitu, tidak salah kalau sekali sekala kita menghabiskan sedikit wang bagi memuaskan hati kita. Buat sesuatu yang diluar jangkaan kita sendiri.

Beli barang kemas, tukar kereta mahupun melancong sama ada di dalam atau diluar negara.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


3 ulasan:

  1. Cantiknya Cameron Highlands. Tak sabar nak ke sana.

    BalasPadam
  2. aritu ada p cameron tp slalu x sempah nak p ladang teh boh..asik2 snggah d bharat teh shj sbb bharat teh tu laluan nak naik ke atas kan...

    BalasPadam
  3. Next time boleh la try ke Ladang Boh pulak

    BalasPadam