Khamis, 13 Disember 2012

Makan-makan

Salam sayang (hikhikhik)...

Hari ni Opec ada kelapangan. Balik kerja, ajak Si Rosdi beli barang di Pasaraya Jimat sebab malam ni nak masak untuk dinner. Tapi bila sampai Jimat, tengok tauge dia dah lembik. Beli aje la sotong putih 2 paket. Tapi masih tak puas hati. Nak juga masak tauge goreng belacan. Si Rosdi pun bawa la ke Kedai Runcit Camelia. Tengok tauge dia pun tak berapa segar, tapi masih elok. Beli juga la.

Buttered Prawn with Egg Floss
Jadi, malam ni Opec masak Tauge Goreng Belacan + Sotong Putih. Si Rosdi pulak masak nasi. Lepas tu, teringat pula pada udang (saiz besar) yang beli sekilo tak habis-habis masak lagi. Apalagi, masak la Buttered Prawn untuk di'ngap' malam ni. Buttered Prawn ni rasanya elok pakai udang harimau, bukan udang besar yang macam Opec gunakan ni. tapi tak apalah. Yang nak makan pun tekak sendiri. Malam ni Opec nak share resepi udang yang Opec masak ni.


Buttered Prawn



Trick yang agak mengelirukan semasa memasak menu ini adalah untuk mendapatkan egg floss yang cantik. Egg floss? Apa tu? Kalau nak terjemahkan, maksudnya serunding telur. Ada ek serunding telur. Ala, dalam bahasa mudah yang Opec guna, serdak telur tu la. Biasa kita buat pasti akan berakhir dengan menjadi scramble egg atau telur hancur. Kalau masak Buttered crab sesuai la yang begitu.

Setelah beria-ia mengkaji, menonton video masakan, akhirnya Opec tahu juga rahsianya (hehehee...mungkin Opec je sebenarnya yang tak tau). Kalau nak ikut cara chef , memanglah mereka terus tuangkan telur dari mangkuk ke kuali. tapi Opec yang tak berapa nal professional ni tak boleh la buat macam tu. Nanti tak jadi serunding telur, jadi telur dadar la.

Untuk mengatasi masalah ini, Opec telah menyediakan kelongsong yang Opec buat dari baking sheet. Corong la maksudnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam kuali. Alhamdulillah, jadi juga akhirnya.

Sebab dah panjang sangat coretan ini, resepinya Opec lepak di ruangan Ceritera. Kalau nak resepinya, sila klik sini!

Selasa, 11 Disember 2012

My Audience

Dear Readers,

I am very much glad for your interest to read my blog, especially to those who are interested to come to my beautiful place, Cameron Highlands.

I did noticed that some of my viewers came from United States, Singapore, Denmark, Indonesia (just to list some of them) instead of only Malaysia even my writings are mostly in my mother's tongue, the Malay Language. Thank you very much indeed.

Thus, in anyway if I could help you with any information (since the translator here didn't work pretty well), kindly please let me know.I will try my level best to provide you the information apart of selling my own products (which will be fully launched maybe next year).

Drops any comments, suggestions or questions. I will be more than happy to respond (if I could).

For visitors to Cameron Highlands, next I will post regarding the eateries (my recommendations) at this place. Please check it out.

Once again, THANK YOU VERY MUCH FELLAS.

Jumaat, 7 Disember 2012

Telefon oh! Telefon

Alhamdulillah, urusan catering Opec dengan Si Biah telah selesai.
Bayaran pun dah dibahagi-bahagikan. Dapat la buat tambah-tambah kata orang.

Si Add, suami Si Timah pulang besok. Tadi petang sempatlah kami semua sama-sama makan malam di Gerai Opah, Tanah Rata. Makan ikan siakap 3 rasa lagi!

Itu la, siap ambil gambar dah semua. Ingatkan nak upload  la malam ni dengan entry tempat makan yang menarik di Tanah Rata. Balik-balik bila nak copy je gambar-gambar tu, semua dah hilang. Telefon ni buat hal la! Padahal tadi dah siap ambil gambar Si Fazrin dan Kak Sue (isterinya la) kononnya nak masuk dalam blog ni. TERPAKSA BUAT LAIN KALI. Nasiblah.

Ada telefon murah, tak ada camera pulak. Ada telefon yang canggih sikit, begini pula masalahnya. Nak ambik gambar pakai Blackberry, dah habis bateri. Jadi, ambil la pakai Nokia C5 (sama macam telefon kawan sepejabat Opec, Si Diana) ni. Tengok-tengok dah corrupt pulak. Kacau betul la!

Akhir kata, tak dapatlah Opec nak upload entry tentang tempat makan yang menarik di Cameron Highlands ni hari ini. Kena tunggu hari lain la, bila makan lagi di Gerai Opah tu. Sebab dalam fikiran Opec, ada la 2 -3 tempat yang nak diwar-warkan untuk menjamu selera. Tak apalah. Opec cuba lagi lain kali.

TELEFON OH! TELEFON


Lawatan Sambil Belajar ke Stesen MARDI Cameron Highlands

Hello semua...
Hari ini sebenarnya Opec masih menerima tempahan catering untuk 40 orang. Makan malam. Seperti biasa la dengan business partner Opec, Si Biah. Si Timah pula perlu menjalankan tanggungjawab melayani suaminya yang tiba dari Negeri Jelapang Padi.



Malam ini Opec nak kongsi pengalaman sewaktu melawat ke Stesen MARDI Cameron Highlands. Sebelum ini, Opec pernah masuk ke Stesen MARDI ini dan merasakan tiada apa yang istimewa. Cuma macam kebun bunga je. Namun begitu, segalanya berubah apabila Opec mulai menyelami apa yang tersirat disebalik sebuah hamparan bungaan yang terbentang indah. Tiket masuk ke stesen ini adalah RM3.00 bagi dewasa dan RM1.50 bagi pelajar.





Kaunter tiket

Menurut Dr Wan Abdullah bin Wan Yusoff (Ketua Stesen MARDI Cameron Highlands), sebenarnya ladang teh dan kilang teh yang pertama dibuka di Cameron Highlands ini bertapak di stesen ini. Ladang teh itu masih ada sehingga sekarang, termasuklah kilang pemprosesannya. Cuma, ladang terbabit tidak lagi seluas dahulu kerana beberapa ekar tanah di kawasan itu sudah dibangunkan dengan penyelidikan pertanian yang lain pula.





Dr Wan Abdullah memberi penerangan

Melalui penerangan yang disampaikan oleh Dr Wan, sebenarnya taburan hujan paling tinggi di daerah kecil ini adalah pada bulan Mei dan Oktober! Jadi, waktu inilah yang mungkin tidak sesuai untuk melawat Cameron Highlands.


Pokok pear










Sewaktu meninjau stesen ini, Opec sempat menjenguk kawasan penyelidikan tanaman pear, epal dan anggur disini.





Pokok epal















Tanaman anggur














Pokok Rosemary





Selain itu juga, di stesen ini turut terdapat laman dapur atau lebih komersil dengan panggilan edible garden yang menempatkan beberapa variety cili, pudina, rosemary dan banyak lagi. Sangat menarik!





Selasih atau Basil














Pudina














Zucchini




Pernah dengar Zucchini? Kerana fizikalnya seperti mentimun, Opec membayangkan bahawa pokok zucchini  merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Malangnya sangkaan Opec meleset sama sekali. Pokok zucchini ini sebenarnya tumbuh seperti pokok labu dan tidak memerlukan para seperti mentimun.




Brussels Sprout





Antara tanaman lain yang menarik perhatian Opec ialah brussels sprout. Rupa-rupanya tauge - hehehe (sprout) ini tumbuh di batang pokoknya yang kelihatan seperti pokok kobis. Tidak lupa pokok artichoke dan asparagusAmazing!






Kuntum mawar merah yang berkembang


Bagi yang gemarkan fotografi, Stesen MARDI Cameron highlands ini merupakan lokasi yang sangat sesuai dan menarik untuk mengambil gambar. Ramai juga yang shooting foto pengantin di sini rupanya.








Bunga dahlia



Terdapat berbagai spesis bunga-bungaan yang terdapat di sini. Bermacam saiz dan warna. Ada bunga mawar, dahlia, kekwa... macam-macam la. Pendek kata, tak rugi datang ke mari.







Salah satu species Alamanda













Bunga matahari














Pokok kobis



Jadi, kepada anda yang datang ke Cameron Highlands ini, Opec sangat menyarankan anda untuk berkunjung ke stesen ini terlebih dahulu sebelum ke tempat yang lain. Banyak informasi yang boleh di dapati di sini dan stesen ini sudah seperti sebuah arkib pertanian yang menggabungkan semua elemen yang terdapat di daerah ini.



Pokok artichoke yang seakan jantung pisang

Chives @ Kucai

Pokok asparagus
































Pernah terfikir bagaimanakah rupa pokok asparagus?













SELAMAT BERCUTI!

Rabu, 5 Disember 2012

Petik sendiri cendawan!

Hurmmm... Opec janji dulu nak cerita tentang strawberry sundae dan petik sendiri cendawan kan?
Entry sebelum ini memang menceritakan strawberry sundae yang enak, tapi tentang petik sendiri cendawan belum lagi. jadi, inilah ceritanya...

Cendawan merupakan salah satu makanan yang sangat Opec gemari. Paling tidak pun Opec akan masak tumis pedas cendawan tiram (kalau tak dapat cendawan tahun). Cendawan adalah satu substitute yang sesuai bagi menggantikan daging terutamanya bagi mereka yang vegetarian.


Di Cameron Highlands, terdapat sebuah pusat tanaman cendawan (tiram dan beberapa spesis lain) yang di panggil S'Corner.

Sekiranya dari Tanah Rata menghala ke Simpang Pulai, S'Corner ini terletak selepas Pekan Brinchang dan sebelum Pusat Jualan Kea Farm.





Sample tanaman cendawan

Cendawan berwarna kuning

Ling-zhi atau Ganoderma


Ah Chai (berbaju batik)

Tanaman cendawan

Opec di ruang penanaman cendawan S'Corner
S'Corner ini juga sebenarnya pusat jualan runcit produk-produk berasaskan strawberi dan juga hasil tanaman di Cameron highlands. Premis ini juga menempatkan sebuah cafetaria  kecil untuk mengungjung melepaskan lelah. Makanan di cafetaria adalah halal (dikendalikan oleh seorang Muallaf berbangsa Cina), anak kepada tuan punya premis yang Opec panggil Ah Chai.





Di sini, selain daripada membeli-belah, pengunjung juga dapat melihat contoh ladang tanaman strawberi dan istimewanya, tanaman cendawan. Bagi tanaman cendawan, para pengunjung boleh memetik sendiri cendawan yang ditanam dengan harga tertentu. Berbagai jenis cendawan terdapat di sini, dari cendawan tiram yang berwarna putih ke cendawan berwarna kuning dan merah jambu, sehinggalah kepada penanaman Ling-zhi atau Ganoderma.




Parkir disediakan kepada pengunjung yang membawa kenderaan masing-masing dan percuma!










Contoh penanaman strawberi



Khabar dari Tanah Tinggi

Salam rindu...

Beberapa hari ini Opec agak keletihan.
Mengiringi pelawat, kerja di pejabat (Tak banyak pun. Hehehee...) dan kerja sambilan.
Beberapa hari ini juga Opec dan Biah dapat tempahan catering untuk makan malam. Di sini Opec ingin mengucapkan terima kasih kepada teman Opec, Si Timah yang membantu mencari customer. Jadi, makan malam tadi Opec belanja Timah dan Biah makan ikan siakap tiga rasa. Alhamdulillah...

Semalam ingat nak masuk entry baharu, tapi dek kerana letih, Opec terus tertidur. Untuk itu, pada malam ini Opec nak ceritakan tentang cendawan yang boleh di petik sendiri dan juga makan strawberry sundae yang enak! Oh, lupa nak beritahu... hari ini juga Opec mengiringi pelawat ke sekitar Cameron Highlands. Tempat lawatan hari ini adalah Ladang Teh Boh (sekali lagi), Stesen MARDI dan Big Red Strawberry Farm (pun sekali lagi).


Strawberry waffles. Nyum...nyum...
Ladang teh dah cerita pada entry yang lepas. Kali ini Opec cerita tentang Big red Strawberry Farm. Di sini la Opec menikmati Strawberry Sundae  yang Opec cakap enak tu. Memang menarik (sayangnya, Opec lupa nak snap fotonya. Mungkin lain kali). Hari ini, Opec menikmati strawberry waffles dengan Timah sambil melayan Encik Kumar (tuan punya premis) berbual. Encik Kumar ini memang peramah. Macam-macam yang diborakkan. Borak pun bukan borak kosong, dia siap tunjuk bukti.



Encik Kumar memaklumkan kepada Opec bahawa ladangnya ini telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia kerana mengamalkan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Hebat kan?! Di Cameron Highlands ini, hanya beberapa ladang pertanian sahaja yang berjaya mendapatkan sijil ini. Ladang Encik Kumar juga telah menjadi ladang contoh untuk melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) oleh beberapa agensi termasuk beberapa universiti tempatan.


Red Coral
Ladang ini selain menghasilkan produk strawberi (segar atau hiliran), turut menjual sayur-sayuran segar yang ditanam secara hidroponik selain bunga-bungaan di dalam pasu. Opec suka beli daun salad yang dijual di sini. Sepokok cuma RM2.00 sahaja. Antara sayuran yang terdapat di sini ialah Red Coral (sejenis salad), Green Coral (salad juga), Butterhead Lettuce dan Parsley. Yang selalu Opec beli ialah Green Coral dan Red Coral. Cantik. Sesuai untuk dibuat hiasan lauk pengantin.

Sayur-sayur di sini disembur dengan pestisid sekali sahaja sepanjang penanamannya iaitu pada awal penanaman.

Green Coral
Di premis ini juga terdapat cafe dimana Opec selalu menikmati Strawberry Sundae yang enak. Menggunakan buah-buah strawberi yang segar, krim, aiskrim vanila dan biskut strawberi, sundae amat menyelerakan mata dan tekak. Kalau berpeluang kemari, Opec memang tak akan melepaskan peluang untuk menikmati sundae ini. Selain daripada itu, terdapat juga Strawberry Milkshake, Tea and scones, Garden Salad dan macam-macam lagi.




Strawberi yang sedia dipetik
Antara yang menarik juga, pengunjung berpeluang untuk mendapat pengalaman dengan memetik sendiri strawberi untuk dibawa pulang dengan caj sebanyak RM50.00/kilo strawberi.











Kedai serbaneka
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah kedai serbaneka yang menjual berbagai produk yang berkaitan dengan strawberi. Dari teh sehinggalah sabun. Jangan lupa untuk membeli sekurang-kurangnya key-chain atau  fridge magnet sebagai oleh-oleh untuk di bawa pulang.









Butterhead Lettuce
Untuk yang belum pernah kemari, ladang ini terletak di belakang Cactus Valley (memasuki lorong yang sama). Jangan terkeliru ya, tiket masuk ke Cactus Valley berharga RM5.00/orang. Akan tetapi, masuk ke Big Red Strawberry Farm ini adalah PERCUMA! Kedua-dua premis ini kelihatan seperti bersambung menjadi satu, tetapi hakikatnya tidak. Ladang ini terletak lebih ke atas di belakang Cactus Valley. Jalan menghala ke ladang ini adalah jalan sehala.





Untuk pengetahuan semua, salad yang dihasilkan di ladang ini di eksport ke Singapura. Sekiranya anda ke Kota Singa itu dan menikmati burger dimana-mana outlet McDonalds disana, anda sebenarnya turut  menikmati salad yang ditanam diladang ini. Seriously!
Menurut Encik Kumar lagi, masih banyak perancangan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan hasil dan memajukan lagi ladangnya. Yang paling hampir, adalah untuk menjadikan premisnya sebagai premis atau ladang sihat.




Parsley
Jadi, selepas ini larangan merokok terutamanya akan dipasang di sekitar premis ini. Merokok hanya dibenarkan di kawasan parkir atau kawasan khas yang akan disediakan kelak.

Setakat ini sahaja Opec boleh kongsikan bersama anda info salah satu tempat yang perlu dilawati semasa berkunjung ke Cameron Highlands. Ingat, jangan lupa ke Big red Strawberry Farm!

Isnin, 3 Disember 2012

Penghasilan Teh di Ladang Boh, Cameron Highlands

Hurmmm... macam mana nak mulakan ya?
Ok la. Pejabat tempat Opec bertugas menerima kunjungan dari Batu Pahat. Untuk lebih tepat, dari Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor.

Rombongan Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor
Nak dijadikan cerita, hari ini Opec dapat satu ilmu dan mau dikongsikan bersama anda semua. Ini semua Opec dapat sewaktu melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas. Membawa rombongan tadi melawat ke sana. Al-maklumlah, berkerja di kawasan peranginan dan tumpuan pelancong ni, memang ramai yang datang. Yang datang tu pulak, bukan dari dalam negara sahaja. Opec pernah juga membantu teman Opec yang Opec panggil Timah dari Unit Protokol ni membawa delegasi dari Vietnam (2 kali delegasi dari Vietnam datang ke Cameron Highlands ni) mengunjungi antara attraction points di daerah Cameron Highlands yang cuma 2% sahaja dari keluasan Negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta ini.

Kalau nak tau, ini bukan pertama kali Opec ke Ladang Boh Sungai Palas ni. Dah banyak kali juga. Tapi tak pernah nak dengar taklimat di kilang pemprosesannya. Tak tau kenapa, hari ini nak dengar pula.

Baiklah, Opec ringkaskan saja prosesnya. Nanti panjang-panjang, tak ada orang nak baca pula. Tapi kalau nak lihat gambar-gambar yang Opec sempat snap tu, macam biasa la. Kita main klik-klik lagi. Hehehe...

Kawasan parkir Ladang Teh Boh Sungai Palas




Daunan teh yang dipetik dari ladang akan dikumpulkan di tingkat atas kilang untuk proses pengeringan. Proses ini akan mengambil masa kurang lebih 16-22 jam (Wow! Lama tu). Jadi, proses ini akan bermula pada waktu malam dan akan mengeringkan sehingga 60% kelembapan pada daun teh.

Mesin pengisar yang berusia lebih 70 tahun
Seterusnya, teh ini akan dikisar menggunakan sebuah mesin tembaga yang usianya lebih tua dari usia Opec! Mesin ini mula digunakan (kalau tak silap) pada tahun 1935 dan masih utuh sehingga sekarang. hebatkan?!

Seterusnya ialah proses fermentasi atau dalam bahasa biasanya ialah penapaian. Proses ini akan memberikan warna gelap pada teh itu tadi secara semulajadi. Natural la tu. Proses ini diikuti dengan proses pengeringan sekali lagi untuk mengeringkan teh tadi sepenuhnya.

Setelah kering, teh halus itu tadi diasingkan dari tangkai dan urat daun dan setelah itu diasingkan mengikut gred. Teh-teh ini dimasukkan ke dalam guni dengan isian seberat 50kg. Setelah itu, guni-guni itu tadi akan dihantar ke Kilang Boh di Banting, Selangor untuk dilabel dan dipasarkan.

Nak tau tentang rahsia teh dan nak lihat foto-foto yang diambil? Klik la di sini!