Isnin, 11 Februari 2013

Percutian ke Bandung, Indonesia

Hey guys. Whatzzup!!!

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Opec akan ke Bandung pada 16 - 19 Februari 2013 membawa teman-teman bercuti: Acid dan Firdaus bersama keluarga.

Doakan kami selamat pergi dan balik dan percutian ini menggembirakan. Setelah pulang, insyaAllah Opec akan update lagi ceritanya. Mana tau kalau-kalau next trip ada yang berminat untuk turut serta.

Nantikan

TO BE CONTINUE...

Ini gambar lama. Arkib Opec Rahman. Hehehee...

Strawberry Sundae

Hi,
Bila dah start update blog ni, mula lah nak update banyak-banyak.

Bukan apa, dulu ada cerita tentang Strawberry Sundae yang sedap tu. Sekarang ni nak update je gambar dia. Nyum nyum! Strawberi segar bersama limpaham krim dan aiskrim vanila serta biskut Belanda. Ahhhh...

Strawberry Sundae di Big Red Strawberry Farm

Signature Dish : Steamboat

Hai semua pembaca yang diingati,

Kali ini memang begitu lama Opec tak update blog ni. Nak kata malas, tak juga. Nak kata sibuk pun tak juga. Mungkin tak ada mood saja. Padahal bahannya sudah ada. Tapi kebanyakkannya masih tentang makan. Mungkin kerana itu Opec kurang berminat untuk update.

Tapi disebabkan sudah terlalu lama, Opec update juga la kali ini walaupun masih membicarakan soal makanan. Nak ber'gossip' memang tak reti nak tulis. Borak-borak dengan kawan pandailah!

Signage restoran ini
Kali ini biarlah Opec ceritakan tentang STEAMBOAT!
Kalau nak tengok, macam tak percaya je boleh kenyang. Hehehee... Maklumlah, makhluk kuat makan macam Opec ni. Tapi bila makan, alhamdulillah. Kenyangggggg...

Kalau di Cameron Highlands ni ada satu restoran steamboat yang Opec gemari. Namanya Glory 78 milik YH Dato' Kanatazan (minta maaf Dato', tak tau nama sebenar).


Dato' Kana sibuk melayan pelanggan
Lokasinya sangat mudah dikunjungi. Di tepi jalan bersebelahan Hotel De' La Fern. Bahan-bahannya segar, macam-macam ada. Udang, isi ikan, ayam... scallops pun ada. Tempat lain tak dapat tau! Sayurannya pun segar-segar belaka. maklumlah, duduk di Cameron highlands. KATANYA!








Orang ramai yang berkunjung pada malam menjelang Natal
Harga RM25.00/pax. Kalau makan berdua ke atas, boleh minta 2 jenis kuah; tom yam dan sup. Kalau berdua atau seorang, kena pilih salah satu sahaja la. Kalau makan berempat atau berlima, cukup pesan untuk 3 orang sahaja. Tempat makannya luas, selesa dan bersih. Sewaktu emak, kakak dan anak saudara Opec mengunjungi Opec sempena cuti Hari Natal tahun lepas, Opec bawalah mereka untuk makan malam di sini.





Antara bahan-bahan steamboat
Emak Opec kata kenyang, ok la tu! Memang ramai orang sewaktu Christmas Eve tempoh hari. Yang tak sambut Hari Natal pun ramai. Biasalah. Ambil kesempatan bercuti. Opec ingat tak dapat tempat dah. Mujurlah waktu itu Dato' Kana ternampak Opec dan dapat la Opec tempat duduk. Tak perlulah menunggu lama. Terima kasih Dato'. Tapi malam tu memang sibuk. Sampai Dato' Kana pun turun padang ambil order.





Pilihan Tom Yam dan Sup. Memang sedap
Jadi, siapa-siapa yang berkesempatan ke Cameron Highlands, singgah-singgah la di sini. Steamboat ni memang satu signature di sini selain strawberi.

Sorry la. Kualiti gambar tak baik. Pakai kamera telefon je.

Ta taaa...





Tunggu kuah menggelegak

Scallops. Tak tipu weh

Sabtu, 5 Januari 2013

Brooch Bunga Kain

Hai...

Tahun baharu ini Opec nak mulai memperkenalkan design kreatif di bawah label Opec Rahman. Untuk memulakannya, Opec akan memperkenalkan satu aksesori wanita iaitu Brooch Bunga Kain. Brooch atau pin ini sememangnya sedang in di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.




Golongan wanita memang tidak lari dari soal kecantikan. Penambahan aksesori seperti brooch ini menambahkan lagi seri. Bukan hanya untuk si pemakai tudung, brooch ini juga sesuai di pakai di baju.

Untuk tempahan, sila hubungi kami.







Jumaat, 4 Januari 2013

Makansutra@Cameron Highlands

Hello guys...

Lamanya Opec tak 'update' blog ni. Rindu pula rasanya nak menghadap 'laptop' sambil memikirkan baris-baris ayat yang hendak dikarang.

Baiklah, tadi sudah mulakan entry blog dengan cerita tentang azam tahun baharu. Sekarang, Opec nak ceritakan antara tempat-tempat menjamu selera yang terdapat di Cameron Highlands ini. Sementara masih di sini, tak salah rasanya Opec membantu para pengunjung ke Hill Station ini untuk mencari tempat makan yang mungkin sesuai dengan selera. Al-maklumlah, susah juga andai tak tahu. Apatah lagi berkunjung sewaktu musim cuti. Kalau semua tertumpu di suatu tempat sahaja, pasti sesak nanti. Kawan-kawan dan Opec sendiri sering diajukan pertanyaan "kat mana tempat makan sedap di sini?". Susah juga nak jawab. Kerana "sedap" itu begitu subjective. Kadang-kala kena dengan selera orang, tapi tidak dengan tekak kita.

Logo Food Camp. Premis ini kelihatan seperti barrack askar dari jauh

Baiklah, Opec tak mampu nak senaraikan semuanya tapi cuba memperkenalkan beberapa tempat yang sering Opec kunjungi. Untuk sarapan pagi, silalah berkunjung ke Food Camp. Premis ini terletak bersebelahan dengan Hotel Cool Point dan boleh juga dimasuki dari arah parkir Majlis Daerah Cameron Highlands.






Pintu masuk Food Camp dari arah Hotel Cool Point


Lokasi premis ini adalah di Pekan Tanah Rata. Di dalam Food Camp ini terdapat beberapa gerai yang menyediakan pilihan makanan. Antaranya nasi lemak, nasi kerabu, mi sup dan nasi ayam penyet.







Ruang yang luas dan penunjuk arah


Selain daripada itu, juga terdapat gerai yang menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Dengar katanya masak Asam Pedas di salah sebuah gerai disini sangat enak. Opec tak berani hendak beri kepastian kerana masih belum pernah mencubanya. Bagi penggemar masakan Barat atau western, terdapat sebuah gerai yang menyediakan makanan Barat untuk anda.

Waktu makan : Sarapan, Makan Tengah Hari



Antara gerai jualan



Gerai jualan minuman

Salah satu menu : Nasi Ayam Blackpepper







































Pintu masuk ke YZ AgroFarm






Selain daripada itu, di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata terdapat sebuah strawberry farm yang menyediakan menu sarapan yang agak menarik. Namanya YZ AgroFarm. Anda boleh mencuba menu nasi lemak sambal strawberi (istimewa kan?) bersama kopi strawberinya. Panas atau sejuk, terserah kepada anda.

Waktu makan : Sarapan, Minum Petang

Tanaman strawberi di ladang ini














Antara jualan di sini

Kaunter pesanan/bayaran




























Bagi makan malam pula, Opec sering ke Gerai Opah di Tanah Rata. Gerai ini terletak dibarisan food court di Pekan Tanah Rata. Macam-macam menu yang terdapat di sini, bermula dari nasi goreng sehinggalah  ikan siakap tiga rasa. Gerai ini juga sering di panggil Gerai Fazreen (nama tuannya).








Makanan di sini agak sesuai dengan selera Opec, apatah lagi jika dimasak sendiri oleh isteri Si Fazreen (tuan punya gerai) iaitu Kak Sue. Opec sebolehnya mau Kak Sue yang masak sewaktu menjamu selera di sini. Dan untuk pengetahuan semua, gerai ini mendapat pengiktirafan Kategori A untuk premis bersih! Susah ya nak dapat A. Biasanya hanya diterima oleh restoran makanan segera sahaja. Impress! Di gerai ini hanya menyediakan masakan panas. Memang majoriti gerai/restoran di Cameron Highlands menyediakan masakan panas berbanding nasi campur untuk makan tengah hari.

Waktu makan : Makan Tengah Hari, Makan Malam


Si Biah dan Si Timah menikmati makanan di Gerai Ishak


Bagi sesiapa yang ingin merasa kari kepala ikan, anda disarankan untuk mengunjungi Gerai Sahak/Ishak (tak tahu apa nama rasminya, tapi biasa kami panggil Kedai Sahak/Ishak). Gerai ini terletak di food court di Pekan Ringlet.







Antara makanan yang disediakan


Gerai ini menyediakan nasi campur untuk makan tengah hari, tetapi signature dish mereka adalah Kari Kepala Ikan. Memang lazat!!!

Waktu makan : Makan Tengah Hari






















Sekiranya teringin makan sate, di Pekan Tanah Rata ada sebuah gerai yang menjual sate berserta jagung mutiara bakar. Berkenaan jagung mutiara ini, nanti Opec ceritakan lebih lanjut. Gerai ini terletak di Orchid Square berdekatan gerai-gerai menjual cenderamata Cameron Highlands. Sate ayam dan sate daging di Gerai Sate Ejoy ini berharga RM0.70 setiap cucuk.







Tersebut di atas merupakan sedikit sebanyak tempat makan pilihan oleh Opec. Namun begitu, ada juga pilihan lain yang sering juga Opec kunjungi, cuma tiada fotonya untuk di cerita lebih lanjut. Namun begitu, Opec tetap menyenaraikan antara premisnya mengikut lokasi.


Tanah Rata

Sarapan Pagi : Jatimas (atau lebih dikenali sebagai Kedai Safin/Kak Pin), Gerai Zainab Sam (mendapat recommendation daripada Trip Advisor), warung Jalan Masjid, Kantin Perpustakaan Awam Daerah

Makan Tengah Hari : Fisha Food Corner, Gerai Kak Yan, Kantin Perpustakaan Awam Daerah, Gerai Zainab Sam, Gerai Tepi Sungai (food court dekat Padang Awam)

Makan Malam : Fisha Food Corner, Selera Kelate


Brinchang

Sarapan Pagi : Restoran Nassya, Restoran Naimah 1Malaysia, Restoran Nolina (Kea Farm)

Makan Tengah Hari : Restoran Naimah 1Malaysia

Makan Malam : Restoran Nassya, Pok Nik Ikan Bakar

Sekiranya anda di dalam kumpulan (20 orang dan ke atas) dan memerlukan khidmat catering, sila buat tempahan di sini.

Ada azam baharu ke?

Selamat Tahun Baharu 2013!!!

Rasanya belum terlambat untuk Opec ucapkan "Selamat Tahun Baharu 2013" kepada semua yang membaca blog Opec ni. Dan seperti biasa, pasti kita sering ditanya apakah azam kita pada tahun ini. Macam-macam yang diutarakan. Ada yang nak beli kereta, beli rumah, capai target simpanan, pergi bercuti ke Eropah dan macam-macam lagi. Ada juga yang berazam untuk mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah. Tak kurang juga Opec sendiri, ada azam yang terbaharu.

Azam baharu, memang la azam juga, tapi bagaimana pula dengan azam pada tahun lepas? Adakah tercapai sepenuhnya? Atau sebahagian sahaja? Atau juga tak tercapai langsung?

Memasang azam memang bagus, tapi bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Perlulah ada usaha agar apa yang diimpikan itu tercapai. Bukan sekadar formaliti sahaja. Setiap tahun baharu, ada azam baharu. Tetapi tidak pernah direalisasikan. Bukan kerana tak mahu capai, cuma kadang-kadang azam itu sekadar ikut-ikut. Orang lain ada azam, kita pun nak juga. Ada juga yang sebenarnya terlupa apa azam yang telah diikrarkan untuk dicapai. Sedih!!!

Jadi, untuk tahun ini, usahakan agar azam kita tercapai.
Renung-renungkan...