Hai semua pembaca yang diingati,
Kali ini memang begitu lama Opec tak
update blog ni. Nak kata malas, tak juga. Nak kata sibuk pun tak juga. Mungkin tak ada
mood saja. Padahal bahannya sudah ada. Tapi kebanyakkannya masih tentang makan. Mungkin kerana itu Opec kurang berminat untuk
update.
Tapi disebabkan sudah terlalu lama, Opec
update juga la kali ini walaupun masih membicarakan soal makanan. Nak ber'
gossip' memang tak reti nak tulis. Borak-borak dengan kawan pandailah!
|
Signage restoran ini |
Kali ini biarlah Opec ceritakan tentang STEAMBOAT!
Kalau nak tengok, macam tak percaya je boleh kenyang. Hehehee... Maklumlah, makhluk kuat makan macam Opec ni. Tapi bila makan,
alhamdulillah. Kenyangggggg...
Kalau di Cameron Highlands ni ada satu restoran
steamboat yang Opec gemari. Namanya Glory 78 milik YH Dato' Kanatazan (minta maaf Dato', tak tau nama sebenar).
|
Dato' Kana sibuk melayan pelanggan |
Lokasinya sangat mudah dikunjungi. Di tepi jalan bersebelahan Hotel De' La Fern. Bahan-bahannya segar, macam-macam ada. Udang, isi ikan, ayam...
scallops pun ada. Tempat lain tak dapat tau! Sayurannya pun segar-segar belaka. maklumlah, duduk di Cameron highlands. KATANYA!
|
Orang ramai yang berkunjung pada malam menjelang Natal |
Harga RM25.00/pax. Kalau makan berdua ke atas, boleh minta 2 jenis kuah; tom yam dan sup. Kalau berdua atau seorang, kena pilih salah satu sahaja la. Kalau makan berempat atau berlima, cukup pesan untuk 3 orang sahaja. Tempat makannya luas, selesa dan bersih. Sewaktu emak, kakak dan anak saudara Opec mengunjungi Opec sempena cuti Hari Natal tahun lepas, Opec bawalah mereka untuk makan malam di sini.
|
Antara bahan-bahan steamboat |
Emak Opec kata kenyang, ok la tu! Memang ramai orang sewaktu
Christmas Eve tempoh hari. Yang tak sambut Hari Natal pun ramai. Biasalah. Ambil kesempatan bercuti. Opec ingat tak dapat tempat dah. Mujurlah waktu itu Dato' Kana ternampak Opec dan dapat la Opec tempat duduk. Tak perlulah menunggu lama. Terima kasih Dato'. Tapi malam tu memang sibuk. Sampai Dato' Kana pun turun padang ambil
order.
|
Pilihan Tom Yam dan Sup. Memang sedap |
Jadi, siapa-siapa yang berkesempatan ke Cameron Highlands, singgah-singgah la di sini.
Steamboat ni memang satu
signature di sini selain strawberi.
Sorry la. Kualiti gambar tak baik. Pakai kamera telefon je.
Ta taaa...
|
Tunggu kuah menggelegak |
|
Scallops. Tak tipu weh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan