Salam rindu...
Beberapa hari ini Opec agak keletihan.
Mengiringi pelawat, kerja di pejabat (Tak banyak pun. Hehehee...) dan kerja sambilan.
Beberapa hari ini juga Opec dan
Biah dapat tempahan
catering untuk makan malam. Di sini Opec ingin mengucapkan terima kasih kepada teman Opec, Si
Timah yang membantu mencari
customer. Jadi, makan malam tadi Opec belanja Timah dan Biah makan ikan siakap tiga rasa. Alhamdulillah...
Semalam ingat nak masuk
entry baharu, tapi dek kerana letih, Opec terus tertidur. Untuk itu, pada malam ini Opec nak ceritakan tentang cendawan yang boleh di petik sendiri dan juga makan
strawberry sundae yang enak! Oh, lupa nak beritahu... hari ini juga Opec mengiringi pelawat ke sekitar Cameron Highlands. Tempat lawatan hari ini adalah Ladang Teh Boh (sekali lagi), Stesen MARDI dan Big Red Strawberry Farm (pun sekali lagi).
|
Strawberry waffles. Nyum...nyum... |
Ladang teh dah cerita pada
entry yang lepas. Kali ini Opec cerita tentang Big red Strawberry Farm. Di sini la Opec menikmati
Strawberry Sundae yang Opec cakap enak tu. Memang menarik (sayangnya, Opec lupa nak
snap fotonya. Mungkin lain kali). Hari ini, Opec menikmati
strawberry waffles dengan Timah sambil melayan Encik Kumar (tuan punya premis) berbual. Encik Kumar ini memang peramah. Macam-macam yang diborakkan. Borak pun bukan borak kosong, dia siap tunjuk bukti.
Encik Kumar memaklumkan kepada Opec bahawa ladangnya ini telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia kerana mengamalkan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Hebat kan?! Di Cameron Highlands ini, hanya beberapa ladang pertanian sahaja yang berjaya mendapatkan sijil ini. Ladang Encik Kumar juga telah menjadi ladang contoh untuk melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) oleh beberapa agensi termasuk beberapa universiti tempatan.
|
Red Coral |
Ladang ini selain menghasilkan produk strawberi (segar atau hiliran), turut menjual sayur-sayuran segar yang ditanam secara hidroponik selain bunga-bungaan di dalam pasu. Opec suka beli daun salad yang dijual di sini. Sepokok cuma RM2.00 sahaja. Antara sayuran yang terdapat di sini ialah
Red Coral (sejenis salad),
Green Coral (salad juga),
Butterhead Lettuce dan
Parsley. Yang selalu Opec beli ialah
Green Coral dan
Red Coral. Cantik. Sesuai untuk dibuat hiasan lauk pengantin.
Sayur-sayur di sini disembur dengan
pestisid sekali sahaja sepanjang penanamannya iaitu pada awal penanaman.
|
Green Coral |
Di premis ini juga terdapat
cafe dimana Opec selalu menikmati
Strawberry Sundae yang enak. Menggunakan buah-buah strawberi yang segar, krim, aiskrim vanila dan biskut strawberi,
sundae amat menyelerakan mata dan tekak. Kalau berpeluang kemari, Opec memang tak akan melepaskan peluang untuk menikmati
sundae ini. Selain daripada itu, terdapat juga
Strawberry Milkshake,
Tea and scones,
Garden Salad dan macam-macam lagi.
|
Strawberi yang sedia dipetik |
Antara yang menarik juga, pengunjung berpeluang untuk mendapat pengalaman dengan memetik sendiri strawberi untuk dibawa pulang dengan caj sebanyak RM50.00/kilo strawberi.
|
Kedai serbaneka |
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah kedai serbaneka yang menjual berbagai produk yang berkaitan dengan strawberi. Dari teh sehinggalah sabun. Jangan lupa untuk membeli sekurang-kurangnya
key-chain atau
fridge magnet sebagai oleh-oleh untuk di bawa pulang.
|
Butterhead Lettuce |
Untuk yang belum pernah kemari, ladang ini terletak di belakang Cactus Valley (memasuki lorong yang sama). Jangan terkeliru ya, tiket masuk ke Cactus Valley berharga RM5.00/orang. Akan tetapi, masuk ke Big Red Strawberry Farm ini adalah PERCUMA! Kedua-dua premis ini kelihatan seperti bersambung menjadi satu, tetapi hakikatnya tidak. Ladang ini terletak lebih ke atas di belakang Cactus Valley. Jalan menghala ke ladang ini adalah jalan sehala.
Untuk pengetahuan semua, salad yang dihasilkan di ladang ini di eksport ke Singapura. Sekiranya anda ke Kota Singa itu dan menikmati
burger dimana-mana
outlet McDonalds disana, anda sebenarnya turut menikmati salad yang ditanam diladang ini.
Seriously!
Menurut Encik Kumar lagi, masih banyak perancangan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan hasil dan memajukan lagi ladangnya. Yang paling hampir, adalah untuk menjadikan premisnya sebagai premis atau ladang sihat.
|
Parsley |
Jadi, selepas ini larangan merokok terutamanya akan dipasang di sekitar premis ini. Merokok hanya dibenarkan di kawasan parkir atau kawasan khas yang akan disediakan kelak.
Setakat ini sahaja Opec boleh kongsikan bersama anda info salah satu tempat yang perlu dilawati semasa berkunjung ke Cameron Highlands. Ingat, jangan lupa ke
Big red Strawberry Farm!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan