Isnin, 3 Disember 2012

Penghasilan Teh di Ladang Boh, Cameron Highlands

Hurmmm... macam mana nak mulakan ya?
Ok la. Pejabat tempat Opec bertugas menerima kunjungan dari Batu Pahat. Untuk lebih tepat, dari Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor.

Rombongan Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor
Nak dijadikan cerita, hari ini Opec dapat satu ilmu dan mau dikongsikan bersama anda semua. Ini semua Opec dapat sewaktu melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas. Membawa rombongan tadi melawat ke sana. Al-maklumlah, berkerja di kawasan peranginan dan tumpuan pelancong ni, memang ramai yang datang. Yang datang tu pulak, bukan dari dalam negara sahaja. Opec pernah juga membantu teman Opec yang Opec panggil Timah dari Unit Protokol ni membawa delegasi dari Vietnam (2 kali delegasi dari Vietnam datang ke Cameron Highlands ni) mengunjungi antara attraction points di daerah Cameron Highlands yang cuma 2% sahaja dari keluasan Negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta ini.

Kalau nak tau, ini bukan pertama kali Opec ke Ladang Boh Sungai Palas ni. Dah banyak kali juga. Tapi tak pernah nak dengar taklimat di kilang pemprosesannya. Tak tau kenapa, hari ini nak dengar pula.

Baiklah, Opec ringkaskan saja prosesnya. Nanti panjang-panjang, tak ada orang nak baca pula. Tapi kalau nak lihat gambar-gambar yang Opec sempat snap tu, macam biasa la. Kita main klik-klik lagi. Hehehe...

Kawasan parkir Ladang Teh Boh Sungai Palas




Daunan teh yang dipetik dari ladang akan dikumpulkan di tingkat atas kilang untuk proses pengeringan. Proses ini akan mengambil masa kurang lebih 16-22 jam (Wow! Lama tu). Jadi, proses ini akan bermula pada waktu malam dan akan mengeringkan sehingga 60% kelembapan pada daun teh.

Mesin pengisar yang berusia lebih 70 tahun
Seterusnya, teh ini akan dikisar menggunakan sebuah mesin tembaga yang usianya lebih tua dari usia Opec! Mesin ini mula digunakan (kalau tak silap) pada tahun 1935 dan masih utuh sehingga sekarang. hebatkan?!

Seterusnya ialah proses fermentasi atau dalam bahasa biasanya ialah penapaian. Proses ini akan memberikan warna gelap pada teh itu tadi secara semulajadi. Natural la tu. Proses ini diikuti dengan proses pengeringan sekali lagi untuk mengeringkan teh tadi sepenuhnya.

Setelah kering, teh halus itu tadi diasingkan dari tangkai dan urat daun dan setelah itu diasingkan mengikut gred. Teh-teh ini dimasukkan ke dalam guni dengan isian seberat 50kg. Setelah itu, guni-guni itu tadi akan dihantar ke Kilang Boh di Banting, Selangor untuk dilabel dan dipasarkan.

Nak tau tentang rahsia teh dan nak lihat foto-foto yang diambil? Klik la di sini!


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan