Hurmmm... Opec janji dulu nak cerita tentang
strawberry sundae dan petik sendiri cendawan kan?
Entry sebelum ini memang menceritakan
strawberry sundae yang enak, tapi tentang petik sendiri cendawan belum lagi. jadi, inilah ceritanya...
Cendawan merupakan salah satu makanan yang sangat Opec gemari. Paling tidak pun Opec akan masak tumis pedas cendawan tiram (kalau tak dapat cendawan tahun). Cendawan adalah satu
substitute yang sesuai bagi menggantikan daging terutamanya bagi mereka yang
vegetarian.
Di Cameron Highlands, terdapat sebuah pusat tanaman cendawan (tiram dan beberapa spesis lain) yang di panggil S'Corner.
Sekiranya dari Tanah Rata menghala ke Simpang Pulai, S'Corner ini terletak selepas Pekan Brinchang dan sebelum Pusat Jualan Kea Farm.
|
Sample tanaman cendawan |
|
Cendawan berwarna kuning |
|
Ling-zhi atau Ganoderma |
|
Ah Chai (berbaju batik) |
|
Tanaman cendawan |
|
Opec di ruang penanaman cendawan S'Corner |
S'Corner ini juga sebenarnya pusat jualan runcit produk-produk berasaskan strawberi dan juga hasil tanaman di Cameron highlands. Premis ini juga menempatkan sebuah
cafetaria kecil untuk mengungjung melepaskan lelah. Makanan di
cafetaria adalah halal (dikendalikan oleh seorang Muallaf berbangsa Cina), anak kepada tuan punya premis yang Opec panggil Ah Chai.
Di sini, selain daripada membeli-belah, pengunjung juga dapat melihat contoh ladang tanaman strawberi dan istimewanya, tanaman cendawan. Bagi tanaman cendawan, para pengunjung boleh memetik sendiri cendawan yang ditanam dengan harga tertentu. Berbagai jenis cendawan terdapat di sini, dari cendawan tiram yang berwarna putih ke cendawan berwarna kuning dan merah jambu, sehinggalah kepada penanaman
Ling-zhi atau
Ganoderma.
Parkir disediakan kepada pengunjung yang membawa kenderaan masing-masing dan percuma!
|
Contoh penanaman strawberi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan